Rahsia duit lumayan masuk akaun anda berterusan

Biz-2u

Monday, October 19, 2009

Peluang menjadi usahawan IT


Peluang menjadi Usahawan IT dan Telekomunikasi. Jadikan HandPhone anda sebagai 1 aset tambah pendapatan. Dapatkan SISTEM bagaimana HandPhone anda bertukar menjadi mesin menjana wang.

  • Jika anda menggunakan prepaid @ postpaid RM30 sebulan, setahun=RM360.
  • Jika anda guna Astro RM45 sebulan, setahun=RM540
  • Jika anda guna Streamyx RM77 sebulan, setahun=RM924.
  • Jika anda isi minyak kereta RM20 sehari, setahun=RM7,300

Jumlah semua di atas = RM9,124 setahun!!


Sila jawab 2 persoalan ini:

  1. Mahukah anda dengan MODAL serendah RM55 sahaja, dan sedikit usaha menghantar Email & SMS, Anda mampu bayar semua kos di atas = RM9,124 setahun???
  2. Bolehkah anda kenalkan 2 orang kawan2 yang MAHU untuk soalan diatas??

Jika YA untuk kedua-dua soalan di atas,
anda memang RUGI biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja."Saya dah cuba dulu tapi tak menjadi" - Ingatlah bahawa ramai yang berjaya hari ini adalah bukan percubaanya kali pertama. Malah orang yang mendapat puluhan ribu sebulan sekarang ini ada yang pernah banyak kali gagal. Kita perlu cuba dan terus mencuba sehingga berjaya. Setiap percubaan adalah harapan. Berhenti mencuba maka tiada lagi harapan. Mungkin juga dulu kita mencuba sesuatu yang tidak tepat. Ada juga katanya pernah gagal dalam Network Bisnes tetapi sebenarnya dahulunya dia bukan sertai Netwok Bisnes tetapi sertai syarikat tanpa lesen, tanpa produk, money game ataupun pelaburan haram.

Pendapatan sehingga 4 angka sehari


Peluang menjadi usahawan MOBILE COMMERCE dengan modal serendah RM55.Anda boleh guna SISTEM ERELOAD semua jenis kad prabayar tanpa had, bila-bila masa,di mana jua, 24 jam sehari. Pengguna HandPhone makin bertambah setiap hari. Terkini ada 21.5 juta pengguna Handphone di Malaysia. Ia menjadi "telaga emas" yang amat bernilai ketika ini. Apakah anda hanya ingin melihat sahaja orang lain mengambil peluang mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit ini? Adakah anda sudah berpuas hati hanya menjadi pengguna Handphone sahaja? Jadi pengguna, mengguna dan terus mengguna! Sampai bila? Seumur hidup? Sedangkan anda sebenarnya boleh memperkayakan diri anda, hanya dengan menjadi seorang Pengguna Handphone yang BIJAK. Hanya berkongsi dengan 2 orang ahli keluarga dan sahabat anda, cukup mudah!

Dengan Handphone jana pendapatan sehingga 4 angka sehari

Penjimatan kos tanggungan bil atau prepaid satu keluarga! Hanya menggunakan konsep networking!

Antara keistimewaan Bestlelong2u.com:

  • Modal serendah RM55 untuk 1 PT (Power Trader)
  • Kemudahan belian cara E-RELOAD segala jenis prepaid melalui SMS atau WEBSITE 24 jam.
  • Penjimatan belian semua jenis Prepaid dgn harga diskaun hingga 6%.
  • Sistem ERELOAD 24 jam cara SMS atau WEB.
  • Kemudahan belian segala jenis produk dengan HARGA LELONG.
  • Peluang tambah pendapatan sehingga 4 ANGKA sehari.
  • Pendapatan tiada had level (infiniti).
  • Bonus Loyalti atau Rebet 5%~8% setiap bulan selama 25 bulan (tanpa menaja) untuk yang join 7 PT ke atas.





Tuesday, October 13, 2009

Yang berjaya Dlm Perniagaan Internet



Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet
oleh Zamri Nanyan

3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.

Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.

Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.

Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.

Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.

Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.

Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)

Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa? :)

Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?

Tak tahulah apa jawapan anda.

Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.

Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.

Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.

Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.

Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.

Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.TheFourWeekstoFreedom.info untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Untuk peluang pendapatan terbaru yang disyorkan oleh Zamri Nanyan, sila daftar di http://www.freedom.ws/zamrinanyan

===============================================


Monday, October 12, 2009

Selamat Menyambut Hari Depavali








For All My friends






Thanks for being

Milik siapakah wajah ini?




Wajah Misteri?((oleh Khairul).

Gambar Khas utk Hany & Ida Drp Khairul


Nak tanya, Macho tak ? (Pertanyaan dari Khairul Utk Hany)

Tentang bisnes digital

Pentingnya Sistem Di Dalam Perniagaan Internet Anda
oleh Zamri Nanyan

Sistem, mengikut Kamus Dewan edisi keempat, bermaksud (1) cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu, aturan (2) kumpulan beberapa bahagian (alat dan lain-lain) yang sama-sama bekerja untuk satu tujuan (3) kumpulan pendapat (prinsip, teori dan lain-lain) yang teratur dan tersusun baik-baik (biasanya dijadikan pegangan), cara atau kaedah yang teratur untuk melakukan sesuatu.

Secara ringkasnya, sistem merupakan aturan di dalam perniagan internet anda. Anda perlukan sistem supaya anda tahu apa yang anda lakukan di dalam perniagaan anda dan seterusnya dapat mengagak hasil daripada sistem tersebut.

Sebagai satu contoh yang mudah, sekiranya anda ingin menghasilkan sebuah ebook yang dapat dijual secara kendali sendiri (autopilot) dan memberikan pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan, anda perlu tahu peralatan dan aliran jualan yang perlu anda hasilkan. Saya lakarkan anda satu sistem panduan.

Untuk menjual ebook, anda perlu ada laman web jualan, laman web pesanan dan laman web muatturun. Pembeli datang ke laman web jualan dan apabila berminat untuk membuat pesanan, beliau akan klik pautan untuk ke laman web pesanan di mana beliau memasukkan maklumat kad kredit beliau. Selepas pembayaran kad kredit beliau diluluskan, beliau akan dibawa ke laman web muatturun secara automatik. Di laman web muatturun inilah pembeli boleh muatturun ebook yang anda jual.

Ringkas dan mudah.

Sistem anda adalah seperti berikut:

Laman web jualan -> laman web pesanan -> laman web muatturun

Jadi, jika ebook anda berharga RM50, anda perlukan 20 jualan setiap bulan untuk menghasilkan jualan sebanyak RM1,000. Dapatkah anda hasilkan 20 jualan setiap bulan dan jika jawapannya ‘tidak’, adakah anda boleh perbaiki sistem yang ada seperti meningkatkan keberkesanan laman web jualan anda? Atau perlukan anda pertingkatkan lagi trafik ke laman web jualan anda? Sekiranya anda dapati yang masalahnya ialah untuk meningkatkan trafik ke laman web anda, perlukah anda bina satu sistem baru untuk menyelesaikan masalah trafik ini?

Inilah sebabnya kadang-kadang anda dapat lihat laman web yang berubah-ubah walaupun ianya sebuah laman web “jualan langsung” sebuah ebook. Penjualnya mahu meningkatkan lagi hasil jualan ebook mereka.

Sistem asas untuk menjual ebook di atas adalah mudah tetapi ianya boleh jadi rumit sekiranya anda letakkan kepelbagaian di dalam sistem tersebut seperti sistem affiliate, perisian ‘pop-up’, perisian ‘autoresponder’ dan sebagainya. Mengikut statistik, penggunaan peralatan ini untuk memperhebatkan sistem yang sedia ada dapat meningkatkan keberkesanan dan jualan ebook anda. Tetapi, jika ianya tidak dilakukan dengan betul, sistem anda akan berikan hasil yang sebaliknya.

Sistem perniagaan internet anda ini tidak hanya tertumpu kepada jualan ebook sahaja. Anda juga mungkin perlu ada sistem untuk meningkatkan pelawat ke laman web anda, sistem untuk mengendalikan ‘mailing list’ atau sistem untuk keseluruhan perniagaan internet anda.

Pada permulaannya, mungkin kesemua ini adalah terlalu teknikal atau susah untuk anda fahami. Berita baiknya ialah anda boleh bermula dahulu dengan sistem yang mudah dan perbaikinya sedikit demi sedikit dari masa ke semasa.

Sistem yang terbaik ialah sebuah sistem di mana ianya mudah untuk pelawat laman web anda gunakan, tidak kira sama ada sistem anda tersebut adalah ringkas atau rumit di sebalik tabir.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.

===============================================
*nota: A

Friday, October 9, 2009

Tentang bisnes prepaid


Ada satu lagi bisnes online yang agak mudah dan boleh menguntungkan.
Bisnes yg di maksudkan ialah egen prepaid.Apakah kelebihan perniagaan ini?Mengapa anda harus menjadi egen prepaid.Nantikan keterangan lengkap mengenainya di masa akan datang.

Monday, October 5, 2009

Membina bienes internet

Tiada Salahnya Kerja “9-To-5″ Atau “Lebih Sikit Daripada Pokai”

Posted: 05 Oct 2009 02:17 PM PDT

Tiada Salahnya Kerja “9-To-5″ Atau “Lebih Sikit Daripada Pokai”
oleh Zamri Nanyan

Apabila saya nampak usahawan internet yang melakukan bisnes internet mereka secara sepenuh masa mempersendakan orang yang masih bekerja, saya rasa amat marah sekali.

Komen seperti J-O-B (Kerja) diumpamakan seperti “Just Over Broke” (Lebih Sikit Daripada Pokai) atau “Rat Race” (Larian Tikus Dalam Gelung yang tak pernah selesai) membuatkan saya tersinggung. Semasa saya bekerja dahulu dan juga membina bisnes internet pada masa yang sama, saya telahpun didedahkan dengan ayat-ayat seperti ini untuk mempengaruhi saya untuk berhenti bekerja dengan orang lain.

Pada saya, bukan semua kerja dengan orang itu sesuatu yang buruk. Sebagai contoh, guru, doktor, posmen, pemandu bas, penebar roti canai, penoreh getah dan sebagainya mempunyai peranan mereka sendiri. Kalau tiada mereka yang masih mempunyai “Just Over Broke”, anda mungkin tidak dapat menikmati roti canai yang sedap. Anda mungkin akan mati kerana tidak diberikan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit anda. Kereta mewah yang anda pandu mungkin tidak akan gunakan tayar getah yang berkualiti. Anak anda mungkin tidak akan menjadi insan yang handal pada suatu masa nanti disebabkan tiada guru yang berminat untuk mengajar.

Anda boleh lihat di sini bahawa inilah pengorbanan mereka kepada sosial. Inilah kontribusi mereka kepada perkembangan ekonomi. Inilah juga sumber pendapatan internet anda sekiranya produk yang anda jual dibeli oleh mereka.

Sesetengah orang memang tidak mempunyai kemahiran untuk menjadi usahawan dan tidak pun berminat untuk menjadi usahawan. Disebabkan faktor tertentu, mungkin mereka lebih sesuai untuk menjadi pekerja seumur hidup mereka.

Tugas saya dan anda sebagai usahawan internet ialah memberikan peluang bahawa dengan mempunyai pekerjaan tetap, mereka masih lagi mampu membina saluran pendapatan tambahan selain daripada gaji bulanan. Memang pendapatan di internet boleh dijana secara separuh masa. Saya katakannya begitu kerana saya juga pernah membina bisnes internet semasa masih mempunyai pekerjaan tetap selama 7 tahun. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka tidak nampak peluang yang disediakan di hadapan mereka, tiada apa yang boleh dilakukan lagi selain daripada berharap yang suatu hari nanti minda mereka akan terbuka.

Jika anda masih lagi mempunyai pekerjaan, mempunyai cita-cita untuk membina bisnes secara sepenuh masa sekarang, jangan tunggu lama-lama. Mulakan langkah anda dan bina bisnes anda secara separuh masa.

Kelebihan membina bisnes internet atau bisnes konvensional semasa anda mempunyai pekerjaan ialah anda mempunyai peluang untuk membina “keuntungan” di samping mempunyai “gaji” tetap. Gaji anda boleh menampung segala keperluan pembinaan bisnes anda tanpa anda perlu berasa risau untuk mendapatkan modal pusingan dari bisnes anda sendiri. Tidakkah ini sesuatu kelebihan yang anda perolehi berbanding mereka yang terus terjun ke bidang perniagaan tanpa mempunyai plan jangka masa panjang?

Simpan modal bulanan untuk anda membina bisnes anda setiap kali anda dapat gaji. Jika 10% gaji anda adalah sesuatu yang anda mampu, anggaplah 10% pelaburan tersebut akan digunakan untuk anda belajar membina bisnes, membeli peralatan bisnes dan seterusnya memperkembangkan bisnes anda. Bila keuntungan anda bertambah, anda akan terkejut yang suatu hari nanti, anda sudah tidak perlukan lagi modal simpanan 10% gaji anda tersebut kerana keuntungan anda sudahpun melebihi 100% gaji yang anda perolehi.

Jadi, jangan berasa kecewa jika anda tidak dapat membina bisnes internet sepenuh masa lagi. Sebaliknya, bersyukur kerana pekerjaan anda mampu memberi anda peluang untuk berjinak-jinak dengan bisnes kegemaran anda.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://TheFourWeeksToFreedom.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “The Four Weeks To Freedom” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Monday, September 28, 2009

Perniagaan cara Islam yg menguntungkan




utk pertanyaan dan utk mendaftar sebagai ahli hubungi email : vrmega@yahoo.com

Ada 500 jenis barangan HPA

Barangan Herba HPA

Perniagaan Online

Apakah Maksud K-S-P Di Dalam Perniagaan Internet Anda?

Posted: 28 Sep 2009 08:50 AM PDT

Apakah Maksud K-S-P Di Dalam Perniagaan Internet Anda?
oleh Zamri Nanyan

Kebanyakan daripada usahawan yang baru menceburi bisnes internet ini mempunyai masalah untuk menghasilkan jualan.

Apabila laman web dibina dan promosi dilakukan, tiada jualan dapat dihasilkan walaupun anda tahu bahawa produk yang anda promosikan adalah hebat dan diperlukan oleh orang ramai.

Ini terbukti kerana kadang-kadang anda juga mempromosikan produk yang sama dengan orang lain tetapi mereka mendapat komisyen jualan yang tinggi. Anda sebaliknya tidak mendapat apa-apa.

Jika anda hendak tahu apakah rahsia di sebalik penghasilan jualan yang tinggi di internet, inilah beberapa kunci utamanya.

K-S-P

Saya terangkan kepada anda singkatan K-S-P yang saya maksudkan.

K = Kenal

S = Suka

P = Percaya

Saya pasti sekiranya anda dapat menguasai ketiga-tiga kunci ini, anda mampu menukarkan jualan sifar anda kepada jualan mega.

Baiklah, mari kita lihat apakah yang dimaksudkan oleh ketiga-tiga kunci ini.

* Kenal

Pada mula anda mempromosikan sebarang produk atau servis, prospek yang melawati laman web anda akan mula bertanya kepada diri mereka sendiri. “Siapa yang menjual produk ini? Saya tak kenal pun beliau.”

Pada tahap ini, mereka akan mula mencari-cari jawapan kepada soalan “siapakah anda” untuk mengenali anda terlebih dahulu. Perkara ini penting kerana di internet, terlalu banyak penipuan dilakukan sehingga ada yang rugi ribuan ringgit.

Cara mudah untuk orang mengenali anda di internet ialah dengan mempunyai laman web profesional sendiri dan memperkenalkan diri anda seperti siapa nama anda, apakah bisnes yang anda jalankan dan jika anda ada gambar pejabat dan gambar anda sendiri, tidak salah untuk anda letakkannya di internet supaya prospek anda dapat membayangkan rupa anda dan juga bisnes yang anda jalankan.

Di atas sebab ini jugalah anda perlu mempunyai laman web profesional anda, dengan nama domain anda sendiri, dan bukannya laman web percuma daripada geocities.com atau tripod.com.

Mendapatkan sebuah nama domain dan laman web yang profesional adalah murah dan sangat mudah, sehingga saya sendiri pun tidak faham kenapa masih ramai lagi “usahawan” internet yang tidak mahu mendapatkannya (tetapi pada masa yang sama mereka mahu tampil profesional).

Dengan modal USD$10 (atau lebih kurang RM35), anda sudahpun boleh mendapatkan nama domain anda sendiri dan web-host untuk menempatkan laman web anda, dan seterusnya bina laman web profesional anda semestinya.

Ini laman web USD$10 yang saya maksudkan:
http://www.website.ws/zamrinanyan

Daftar dengan nama domain yang mempunyai nama anda sendiri seperti www.ZamriNanyan.com pun sudah memadai untuk memulakan langkah prospek mengenali anda.

* Suka

Perkara seterusnya ialah cari cara bagaimana prospek anda boleh suka dengan anda dan juga perniagaan anda.

Dari sinilah pentingnya anda pandai membawa diri anda di internet. Sebagai contoh, anda boleh menyertai forum perbincangan online dan beramah mesra dengan ahli forum yang lain. Jangan sekali-kali bermusuhan dengan orang lain di internet semata-mata pandangan anda berbeza daripada pandangan mereka.

Komunikasi yang baik melalui email atau laman sosial yang lain (seperti Facebook, Friendster dan sebagainya) juga menambah markah yang baik untuk meningkatkan tahap orang menyukai anda.

Salah satu lagi cara mudah yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan perisian yang dipanggil autoresponder untuk mendapatkan senarai nama dan email rakan-rakan internet anda.

Autoresponder ialah perisian email di mana anda boleh simpan nama dan email pelawat yang mengisi borang langganan di laman web anda ke dalam pangkalan data (database) yang disimpan di webserver. Seterusnya, anda boleh gunakan autoresponder untuk menghantar kepada semua email ini sekali gus sama ada pada masa yang anda tetapkan ataupun pada masa sekarang.

Anda tak perlu tahu terlalu mendalam bagaimana untuk memasang perisian ini kerana cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan autoresponder ialah dengan melanggan servis seperti yang ditawarkan oleh Aweber atau GetResponse.

Aweber - http://bisnesdigital.com/aweber

GetResponse - http://bisnesdigital.com/getresponse

Gunakan autoresponder untuk mengumpul senarai email rakan-rakan internet anda. Pada masa yang sama, selalulah berhubung dengan mereka melalui email dengan memberikan tip-tip mengenai produk atau bisnes anda ataupun sekadar untuk memberitahu perkembangan terbaru mengenai apa yang anda lakukan pada masa sekarang.

Dalam ertikata lain, anda mahu rakan-rakan internet anda ini kenal dan suka kepada anda.

Dan apabila orang sudah mengenali anda dan menyukai anda, barulah mereka akan sampai ke tahap seterusnya.

* Percaya

Di tahap inilah anda akan mula nampak hasil daripada usaha anda sebelum ini. Apabila anda menjual produk atau servis kepada “rakan-rakan” internet anda, ianya mudah untuk mereka membuat pembelian melalui anda.

Mereka sudahpun “Kenal, Suka dan Percaya” dengan apa yang anda tawarkan.

Bayangkan jika anda mempunyai 10,000 rakan di internet dan 2% daripada mereka membeli produk berharga RM50 yang anda tawarkan, ianya sudahpun memberi pulangan sebanyak RM10,000.

Ah, jangan kata ianya sesuatu yang mustahil kerana ianya telah pun dibuktikan keberkesanannya. Sebaliknya, anda halusi dahulu sebab kenapa anda tidak dapat hasil jualan yang memberansangkan.

Mungkin ianya disebabkan kekurangan K-S-P.

Walaubagaimanapun, anda boleh lihat di sini bahawa proses K-S-P yang saya maksudkan di sini mungkin akan mengambil masa yang lama untuk anda capai. Jadi, inilah juga satu lagi rahsia jualan yang tersembunyi.

Anda perlu lakukan proses K-S-P ini secara konsisten dan persisten. Semakin lama anda berasa di dalam proses K-S-P ini, semakin kukuh anda membina tapak K-S-P anda.

Di sini juga saya seru kepada anda yang ingin membina bisnes internet supaya tidak cuma “hangat-hangat tahi ayam”. Lakukannya secara berterusan walaupun hasilnya sekarang tidak seberapa. 5 atau 7 tahun akan datang, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya dan saya berbesar hati untuk katakan “sama-sama” di atas ucapan “terima kasih” anda kerana artikel ini telah membuka minda anda tentang rahsia kejayaan jualan di internet.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://TheFourWeeksToFreedom.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “The Four Weeks To Freedom” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Monday, September 21, 2009

Thursday, August 6, 2009

Sediakan payung sebelum hujan, ini bukan payunglah.Agaknya baju hujan tak? Eh, eh eh, Dik !!!!!!! apa kat tangan tu. Jangan simpan benda tu!!!!!!


Sediakan payung sebelum hujan

Lagi cerita tentang cuaca. di sini cuaca amat tidak menentu,hari ni panas, besok hujan lebat. Bila pagi panas terik tahu2 sekejap lagi dah turun pula selebat2 hujan.Jangan lupa sentiasa sediakan payung ye.Apa yang lebih membimbamgkan ialah ramai yang kena sakit. Macam2 sakit.Ada yang demam panas, ada yang sakit tekak batuk tak berhenti2.Tapi kalau ada yang kena selsema kuat eloklah sediakan sekotak tisu.Bukan saja sediakan payung, malahan kena sentiasa pakai penutup mulut atau penutup hidung(mask).

Monday, August 3, 2009

Gambar siapa?

Ada juga yg guna gambar ni sebagai gambar samaran,dah tak jumpa gambar orang yg masih hidup agaknya. Eh tak kuasalah...

Ini gambar siapa?

Gambar

Gambar-gambar ini sebagai pengenalan diri Jay, hanya gambar hiasan sajalah, bukan gambar Jay betul-betul. Eh apa-apa sajalah, janji jadi....

Gambar2 jadi pengenalan diri Jay


Mood

Kalau mood anda kurang tengahhari ni , apa kata kita dengar lagu.

Mood

Rakan-rakan yang di kasihi .Saya Jay, berharap dapatlah anda meninggalkan sedikit comment atau nama anda di sini.Terimakasih, Jay sayang anda semua.
Please left your name or the comment here.

Pagi yang cerah

Assalamualaikum, rakan2 yang di kasihi semua.Saya Jay, rasa bertuah pagi ini dapat menulis di sini buat pertama kalinya untuk menemui rakan sekelian.Pagi ini cuaca amat cerah seperti membawa sinar baru yang menceriakan.Buat permulaan Jay tidaklah nak becerita banyak. Cuma rakan2 sekelian dapat melapangkan sedikit waktu bersama Jay di sini untuk memberi sedikit apa2 juga pandangan atau cerita2 yg boleh di kongsi bersama.Harap rakan2 semua dapat meninggalkan nama, atau comment anda disini, terimakasih , Jay sayang anda semua.
Good Morning Comments

Spicecomments.com - Good Morning Comments