Rahsia duit lumayan masuk akaun anda berterusan

Biz-2u

Thursday, September 26, 2013

Tips kurangkan kos sara hidup,betul atau hanya gurauan?

Banyaknya suara2 mohon simpati yang di luahkan di majalah2 laman sosial spt face book dan blog
tentang kesan kenaikan minyak 20sen.Suara2 halus ini (bukan suara makhluk halus yer) menyuarakan
perasaan tidak puas hati akibat kesan kenaikan minyak yang menambah kos perbelanjaan harian.
Kalau di fikir2kan dengan gaji setakat RM 2,000 nak hidup di tengah2 bandar yang penuh kos, memang
sangat tak mencukupi.
Ianya dirasai oleh kalangan berpendapatan rendah serta golongan sederhana.Golongan sederhana bolehlah
di anggarkan dari orang2 yang berpandapatan lebih kurang 2ribu ke 4 ribu sebulan.Luahan suara2 ini
memohon simpati kerajaan supaya mendengar rintihan mereka.Di antara perkara yang di suarakan ialah
tentang kos sara hidup di bandar2 besar yang terpaksa di tanggung terutama yang baru dapat kerja
baru nak memulakan kehidupan.Antara  beban kos bulanan yang mesti di bayar setiap bulan ialah
minyak kereta anggaran Rm 300, sewa rumah 200(sewa bilik saja agaknya),PTN 170,makan sebulan
RM450, bla, bla.. macam2 lagilah.Dengan baki tinggal RM200 sebulan nak beli rumah memang dah tak mampu.(penat kerja berpeluh2 , keluar segala macam air, air peluh, air mata, air masin) kalau dah itu je rezeki buat masa ni , memang kena sesuaikan diri dengan keadaan dan kemampuan.Maksudnya kalau dah tak cukup tu, kalau nak tunggu kerajaan lambatlah.Kitalah usaha, beli ikut kemampuan.Contoh belilah rumah sederhana  atau rumah kos rendah.Kereta pulak janganlah beli Honda, belilah kereta second hand dulu.
Ada ke sebarang tip2 cadanganyan yang boleh di gunakan utk mengurangkan beban perbelanjaan harian ni.
Ada.. biar saya beri sedikit pandangan yer, kalau nak cuba boleh, kalau agak mengarut, tak payahlah..
guna cadangan ini.
1. Cari kerja yang agak berdekatan dengan tempat tinggal atau cuba cari rumah yang berdekatan dengan
tempat kerja.Jimat minyak kereta kan, kan. kan?
2. Cuba berpindah kerja, bagi yang dah ada pengalaman tentu ada kerja yang boleh dapat gaji yang lebih besar sedikit.Jadi kalau ada lebihan pendapatan dapatlah menyimpan duit .Boleh beli kereta baru.
3.Mana2 yang ada Astro, tapi selalu mengeluh tentang kos saraan, haaa.. boleh potong je Astro tu,
ianya bukan keperluan sangat punnn..Jimat..Kan, kan, kan? Astro tu dah kaya, kita yang tak kaya2 he he he..
4.Rumah yang ada pasang air condition, ala hai.. guna kipas, murah bil eletrik.Tenaga Nasional
memang sah2 kaya, keuntungan kaut atas bayah.Mana ada tenaga lain kat Malaysia ni? Kita jugak
yang tak kaya2..
5. Tips yang ini ramai orang macam nak seram sejuk dengar.
Saya cadangkan potong je TMnet tu, ashik2
bila hujan kena petir terbakar.bila hujan  jenuh jari tekan 'connect' tapi sampai petang mengadap komputer,
ngadap je, kosong..Pengabis guna broadband celcom jugak.Sakit hati tak? Sini dah jimat RM110.


Sunday, September 22, 2013

Bila jalan jem, rasa macam nk terbang

Selalu juga terkandas di jln raya yang jem.Bila kereta dah berjalan pelahan macam kura2.
mulalah terasa macam nak aje terbang lalu atas.He he he, tapi tak munkin...sabar je lah..
Ada ketika tu pulak, kita dah ikut laluan betul besopan ikut aturan, tapi terdapat pula
kenderan lori main himpit2 dgn selambanya masuk depan kita.Dah terkena banyak kali dah..
Kadang nak marah pun ada.Apa tidaknya, jln dah jem, walau pun dah tiada ruang tetap nk masuk celah2,
himpit2 kereta kita dan potong depan. Yang himpit tu, lori treler panjang pulak tu..Suatu hari, bila terkena kali ketiga di himpit oleh lori treler saya pun apa lagi bunyikan hon kereta sekuat2 hati.Baru padan muka
dia, nak sangat dengar hon kereta saya yang kuat tu, ha ha ha..
Kadang kala kesesakkan jalan raya berpunca kerana adanya kemalangan jalan raya.Memang dah
selalu sangat terserempak kemalangan ni.Sebab itu kita mesti selalu berwaspada di jln raya.
Apa pun sifat sabar tu perlu ada dlm diri kita ketika memandu.Bertolak ansurlah kpd pemandu2
lain.Sama2 nk cepat sampai tapi biar lambat asal selamat.Tengok dlm gambar ni dah tepuk dahi
kerana lori dah terbalik.Dpt ambil gambar curi dari celah2 tingkap je, tak dpt nk tunjukkan lori yg terbalik
sebab saya sedang memandu dgn perlahan, takut kena hon org belakang..

Pusat menjahit pakaian KU

Hari ini rasanya nak promotlah pulak Pusat menjahit Pakaian Ku
Yang terletak di Bandar Baru Uda Johor Bahru.Syukur nampaknya
bisnes Ku semakin berkembang.Yang mana tinggal dekat2 kws UDA ni ,
silalah dtg tempah baju yer? Harga promosi sedang berjalan,
harga tempahan jahit baju di sini di jamin murah giler....