Rahsia duit lumayan masuk akaun anda berterusan

Biz-2u

Wednesday, May 2, 2012

Memintas waktu menuju kejayaan - gambar2











Saya suka jalan pintas

Jalan pintas bermakna bukan nak melabur skim cepat kaya, di jauhkan...Maksud saya ialah saya suka mengejar masa atau kalau boleh pintas dan mendahului masa.Salah satu sifat jutawan ialah bertindak pantas tanpa mensia2kan masa.Sebelum saya terbaca ada 9 sifat dan tindakan seseorang jutawan, saya sudah pun mempraktikkan salah satu sifat itu ia itu bertindak pantas mengejar dan mendahului masa. Salah satu sifat jutawan ialah bertindak pantas mempraktikan idea bernas dan melakukan tindakan melebihi ketetapan yang di rancang.Contohnya, mahu kerja2 yang dirancang dalam masa 3 jam, tapi sudah menyiapkannya 1 jam lebih awal. Contoh lain ialah mahu berlatih main bola 2 kali seminggu tapi dia berlatih 3 kali seminggu. Atau mahu mendapatkan markah 80% dalam satu2 pelajaran tetapi ia telah berusaha bersungguh2 hingga mendapat90% markah.
Berbalik pada tabiat saya yang sukakan jalan pintas.Dapatkah anda mengagak apakah yang saya lakukan untuk itu? Ya.. saya memintas waktu dalam mendidik anak saya. Sewaktu anak saya berumur 11 tahun (belum mempunyai IC) , rakan2 sebayanya sebok bermain games dan keluar enjoy ke cyber cafe, saya mendedahkannya hadir ke seminar2 jualan langsung cara2 meningkatkan jualan dalam pasaran.Saya juga mengarahkannya anak saya supaya mengambil kursus di musim cuti dalam bidang komputer kususnya dalam membina laman web untuk kegunaan di internet.
Selain itu ada lagi satu kejayaan saya memintas masa.Saya terus mengajar anak saya memandu kereta di masa lapang. Saya sendiri yang mengajarnya di kawasan taman perumahan saya.Tahukah anda hasilnya amat memeranjatkan saya bila anak saya sudah mahir memandu bila umurnya menjangkau 13 tahun.(tapi tidak digalakkan memandu di jalan raya, kerana belum cukup umur untuk mengambil lesen kereta). Saya rasa berbangga melakukan semua itu kerana ada impian saya tersimpan yang bakal saya jayakan setelah  melakukan usaha yang seterusnya nanti.

Minda jutawan

Menurut kajian dalam menemuramah beratus2 para jutawan di seluruh dunia ada persaman sifat di antara mereka. Terdapat 9 tabiat atau sifat yang di amalkan oleh mereka.Tahukah anda bahawa semua orang berpeluang untuk menjadi jutawan jika kita bijak mencari idea yang bernas dan rajin berusaha tanpa putus asa.ramai di kalangan mereka berasal dari orang biasa2 saja dan terus mengamalkan kehidupan yang sederhana.

Kekayaan seseorang di ukur bukan pada berapa pendapatan seseorang tapi di nilai berapa banyak lebihan pendapatan yang dapat di simpan setiap bulan.

Tahukah anda juga bahawa manusia boleh menukar idea itu kepada kekayaan.Di samping itu menurut kajian bahawa  sebenarnya  kecerdikan otak manusia cuma baru di gunakan 1% saja, dan berpeluang mencari dan menggunakan idea yang belum digunakan atau belum di capai lagi oleh minda kita.