Rahsia duit lumayan masuk akaun anda berterusan

Biz-2u

Sunday, August 7, 2011

peristiwa ketika pergi sembahayang Tarawih




Tidak dapat di lupakan suatu peristiwa ketika berjalan kaki menuju mesjid untuk menunaikan sembahyang tarawih. Di satu malam jumaat, seorang remaja H meminta izin kepada ibunya untuk pergi sembahyang bersama rakan sebelah rumah.
Setelah mendapat keizinan dari ibunya, remaja H pun keluar rumah kira2 pukul 9.00 malam. Sebelum pergi remaja H berhenti di depan pintu pagar rumah jiran sebelah dan memanggil rakannya iaitu remaja E untuk sama2 pergi bersembahayang tarawih.
Setelah remaja H memberi salam, kelihatan rakanya iatu remaja E membuka pintu sliding door lalu keluar bersama2 berjalan kaki ke mesjid .Suasana malam itu samar2 hanya diterangi sinaran lampu di tepi jalan raya.
Dalam menyusuri tepi jalan raya itu sesekali dua remaja itu di kejutkan dengan salakkan anjing2 liar yang banyak berkeliaran. Bila ada anjing yang agak agresif menyalak macam nak mengejar, dua remaja itu segera mencapai ranting kayu kering dan batu maka anjing itu pun berundur mengalah.
Di pertengahan jalan ketika sudah hendak sampai ke mesjid, dua remaja begitu berhati2 ketika
melintasi sepohon pokok kayu yang besar. Dalam hati ke dua2 remaja tadi telah membayangkan
pekara2 yang menakutkan tetapi terus memberanikan diri.
Tiba2 ketika betul2 sedang melintasi bawah pokok besar, semua dahan2 dan daun2 pokok bergoyang2 dan bergegar. Apa lagi remaja H dan E pun membuka langkah dan memecut lari kerana terperanjat dan ketakutan.
Setelah agak jauh meninggalkan pokok besar tadi hati masing2 tertanya2, maka mereka memberanikan diri menoleh ke belakang ke arah pokok tadi. Amboi mak, bukan hantulah tapi
sekumpulan beberapa ekor gagak rupanya yang cuba berterbangan kerana terkejut melihat kelibat manusia. Woooo, lawak juga ye. Melihatkan gagak2 itu, H dan E pun ketawa berdekah2.

Saturday, May 21, 2011

Sembang dgn Anak


Suatu petang daku bersendirian ke Pusat beli belah di tesco , anak tak menemani kerana dia masih di sekolah.Ketika melangkah keluar pintu Tesco daku terserempak dgn seorang guru.
Ketika pulang ke rumah dan ketika anak pulang dari sekolah daku ceritakan pada Airul anak ku, bahawa aku terserempak dgn gurunya.
Daku: " Rul, tadi mama terserempak dgn cik gu Suhaimi yg tiba2 muncul depan mama. Dia yg tegur mama dulu sebab mama tak perasan dia. Dia tanya apa yg mama beli kat Tesco."
Airul: "O guru tu, dia ngajar kelas Airul tahun lepas . Apa yg mama jawab?"
Daku: "Mama jawablah yg mama beli buku utk Airul. Cik gu tu kata untung Airul dpt Ibu macam mama sebab sentiasa ambil kisah nak beli buku2 tambahan."
Airul: "Mama, cik gu tu dah bertunang tau mama?"
Daku: ???? "He he he.....Airul cakap cam tu? macamlah mama nak mengurat dia, he he he... mama ni dah tua.
Airul: "Ha Ha Ha Ha ......" (tergelak sekuat2 hati)

Wednesday, May 18, 2011

Ketika pulang




Ketika ingin pulang ke rumah setelah makan malam di restoran, daku masuk kedalam kereta utk memandu pulang.Aku di temani oleh seorang anak. Berlakulah perbualan antara si anak dgn si ibu. Bukan seram tapi agak lucu.

Bukan seram tapi lawak


Jay said...

Si anak: "Mama, jangan lupa pakai tali pinggang keleder tau..."
Si ibu: "Tak payahlah, bukankah malam gelap tak nampak pun kalau tak pakai tali pinggang keleder"
Si anak: Baik2 mama, apa pula tak nampak, sekarang polis peronda dah pakai sport light, terang, mana nak lari."
Si ibu: "Tak apa-apalah, semalam polis kawan mama Dt Kld dah talipon dah beritahu mama pun."
Si anak: " Lawaknya... ha ha ha..."
Si ibu: " he he he..."

May 18, 2011 9:22 AM

Delete

Thursday, February 17, 2011

MY Product Slideshow

MY Product Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ MY Product Slideshow ★ to Johor Bahru by VRMEGA. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Smart Herbs's Product Slideshow

Smart Herbs's Product Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Smart Herbs's Product Slideshow ★ to Masai Mara National Reserve by vrmega. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Tuesday, February 15, 2011