Rahsia duit lumayan masuk akaun anda berterusan

Biz-2u

Sunday, April 1, 2012

Sediakan payung sebelum hujan




Seseorang yang mengamalkan peribahasa “sediakan payung sebelum hujan” akan senantiasa meneroka ilmu sebagai persediaan untuk kehidupan masa depan mereka. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran ini akan sesuai dilalui oleh mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup. Ilmu sahaja yang membolehkan seseorang itu menguasai apa-apa bidang yang wujud kerana berupaya untuk mengalahkan pesaing-pesaing mereka. Oleh itu, pemahaman makna peribahasa ini menjadikan seseorang itu meneroka ilmu sepanjang hidup mereka.

Beralih kepada cuaca pada hari ini memang seawal pagi lagi hujan sudah mula turun. Bila pagi ini keluar menghantar anak ke sekolah kira2 pukul 6.40 pagi, terpaksa meredah hujan ribut dalam cuaca agak gelap.Dalam hati Tuhan saja yang tahu apabila pagi2 lagi sudah tersekat di perjalanan akibat trafik jem terutama di persimpangan lampu isyarat dalam hujan lebat.
kalau di beri pilihan rasanya mahu saja mencari tempat tinggal yang bersebelahan sekolah.Tetapi masing2 masih tidak bersedia pula berpisah dengan untuk menghantar anak ke asrama..Kami saling memerlukan. Kadang kala suatu keputusan dan angan2 itu bukan jalan terbaik atau penyelesaian muktamat.Hu, hu, hu... sedih nya..............
Akan tetapi kita harus bersedia dan bijak menghadapi sebarang kemunkinan dalam cuaca yang tidak menentu seperti ini.
Perlukah kita berserah saja semata2 ketika menghadapi masaalah. Biarlah turun hujan ribut di luar sana tapi jangan pula turun hujan air mata ke pipi kerana sebarang tekanan hidup. Di harap semuga kita semua berjaya menyelesaikan sebarang dugaan dan rintangan yang sedang dan bakal kita hadapi. Ibarat sediakan payung sebelum hujan.

No comments: