Rahsia duit lumayan masuk akaun anda berterusan

Biz-2u

Monday, October 12, 2009

Tentang bisnes digital

Pentingnya Sistem Di Dalam Perniagaan Internet Anda
oleh Zamri Nanyan

Sistem, mengikut Kamus Dewan edisi keempat, bermaksud (1) cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu, aturan (2) kumpulan beberapa bahagian (alat dan lain-lain) yang sama-sama bekerja untuk satu tujuan (3) kumpulan pendapat (prinsip, teori dan lain-lain) yang teratur dan tersusun baik-baik (biasanya dijadikan pegangan), cara atau kaedah yang teratur untuk melakukan sesuatu.

Secara ringkasnya, sistem merupakan aturan di dalam perniagan internet anda. Anda perlukan sistem supaya anda tahu apa yang anda lakukan di dalam perniagaan anda dan seterusnya dapat mengagak hasil daripada sistem tersebut.

Sebagai satu contoh yang mudah, sekiranya anda ingin menghasilkan sebuah ebook yang dapat dijual secara kendali sendiri (autopilot) dan memberikan pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan, anda perlu tahu peralatan dan aliran jualan yang perlu anda hasilkan. Saya lakarkan anda satu sistem panduan.

Untuk menjual ebook, anda perlu ada laman web jualan, laman web pesanan dan laman web muatturun. Pembeli datang ke laman web jualan dan apabila berminat untuk membuat pesanan, beliau akan klik pautan untuk ke laman web pesanan di mana beliau memasukkan maklumat kad kredit beliau. Selepas pembayaran kad kredit beliau diluluskan, beliau akan dibawa ke laman web muatturun secara automatik. Di laman web muatturun inilah pembeli boleh muatturun ebook yang anda jual.

Ringkas dan mudah.

Sistem anda adalah seperti berikut:

Laman web jualan -> laman web pesanan -> laman web muatturun

Jadi, jika ebook anda berharga RM50, anda perlukan 20 jualan setiap bulan untuk menghasilkan jualan sebanyak RM1,000. Dapatkah anda hasilkan 20 jualan setiap bulan dan jika jawapannya ‘tidak’, adakah anda boleh perbaiki sistem yang ada seperti meningkatkan keberkesanan laman web jualan anda? Atau perlukan anda pertingkatkan lagi trafik ke laman web jualan anda? Sekiranya anda dapati yang masalahnya ialah untuk meningkatkan trafik ke laman web anda, perlukah anda bina satu sistem baru untuk menyelesaikan masalah trafik ini?

Inilah sebabnya kadang-kadang anda dapat lihat laman web yang berubah-ubah walaupun ianya sebuah laman web “jualan langsung” sebuah ebook. Penjualnya mahu meningkatkan lagi hasil jualan ebook mereka.

Sistem asas untuk menjual ebook di atas adalah mudah tetapi ianya boleh jadi rumit sekiranya anda letakkan kepelbagaian di dalam sistem tersebut seperti sistem affiliate, perisian ‘pop-up’, perisian ‘autoresponder’ dan sebagainya. Mengikut statistik, penggunaan peralatan ini untuk memperhebatkan sistem yang sedia ada dapat meningkatkan keberkesanan dan jualan ebook anda. Tetapi, jika ianya tidak dilakukan dengan betul, sistem anda akan berikan hasil yang sebaliknya.

Sistem perniagaan internet anda ini tidak hanya tertumpu kepada jualan ebook sahaja. Anda juga mungkin perlu ada sistem untuk meningkatkan pelawat ke laman web anda, sistem untuk mengendalikan ‘mailing list’ atau sistem untuk keseluruhan perniagaan internet anda.

Pada permulaannya, mungkin kesemua ini adalah terlalu teknikal atau susah untuk anda fahami. Berita baiknya ialah anda boleh bermula dahulu dengan sistem yang mudah dan perbaikinya sedikit demi sedikit dari masa ke semasa.

Sistem yang terbaik ialah sebuah sistem di mana ianya mudah untuk pelawat laman web anda gunakan, tidak kira sama ada sistem anda tersebut adalah ringkas atau rumit di sebalik tabir.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.

===============================================
*nota: A

No comments: