Rahsia duit lumayan masuk akaun anda berterusan

Biz-2u

Tuesday, March 27, 2012

Bundle Murah- jual t shirt & seluar terpakai

Ulasan dari kisah hidup seorang jutawan


Bukan nak menceritakan kisah seorang jutawan malaysia terkenal tapi pengajaran yg di perolehi dari membaca kisah beliau. Jutawan yang di maksudkan ialah Tan Sri Syed Mokhtar. Beliau berasal dari keluarga yang agak kurang berada. Bapanya seorang peniaga dan pernah menyaksikan kegagalan perniagaan bapanya di bidang perternakan lembu. Beliau seorang yg berusaha gigih dan berpendidikan setakat tingkatan 5 saja.
Beliau merumuskan bahawa jika ingin berjaya perlu kuat berusaha bersungguh2 dan bukan pelajaran yang tinggi saja yang dapat menjamin kejayaan. Pengajaran yang dapat di ambil ialah berkerja keraslah dalam bidang perniagaan yang di ceburi , gagal sekali tidak bererti gagal selamanya.
Cari ilmu untuk memajukan perniagaan dan terus mencuba bidang lain jika bidang yang pertama menemui kegagalan. Boleh bermula dari perniagaan kecil dengan modal sedikit dahulu. Jangan malu untuk mempromosi dan buatlah selalu tanpa jemu. Usah peduli pada keritikan kalau memang kita ada impian dan keyakinan.
Tidak kiralah bidang apa pun samada menjual pakaian, menjual daging, jual ayam atau tahi ayam ke , teruskan usaha murni hingga jaya. Yang mana ada hobi tu jika minat berniaga cuba jadikan hobi bertukar bidang perniagaan. Contohnya yang minat main bola, boleh menceburi bidang menjual kasut sukan termasuk kasut bola. Minat memancing, buka kedai menjual alat2an memancing.Begitulah seterusnya, minat main bowling, minat bermain golf, suka memasak, suka menjahit dan apa2 sajalah. Itu hanya sebagai cadangan kerana pekerjaan akan menemui kejayaan jika kita minat pada bidang tersebut.

Sunday, March 4, 2012

Adakah promosi anda berjaya menarik pembeli?


Sudah ramai orang tahu mempromosi produk sendiri bagi mendapatkan pembeli. Akan tetapi di internet, mempromosi kepada 20 orang kenalan, belum tentu ada satu yang berminat utk membeli. Dalam sebulan masih ramai yang gagal mendapat pendapatan walau rm20 dari pernigaan online mereka. Kita boleh mempromosi perniagaan online kita di blog2, foram atau melalui email.Untuk menjadi usahawan internet berjaya dan terkenal , perlu ada website atau blog.
Kesemua top internet marketer di dunia tahu membuat website sendiri. Boleh bermula dengan laman web atau blog free, kemudian jika dah menampakkan hasil dan pendapatan bolehlah mula mendapatkan website berbayar pula. Website kita inilah yang kita promosi kepada prospek kita.
Kalau ingin berjaya, kita harus berguru dan mencari ilmu dari yang sudah berpengetahuan dlm bidang berkaitan. Perhatikan cara2 dan langkah2 yg mereka guna utk tujuan promosi berkesan. Kita lihat sebelum mereka menawarkan sesuatu produk kpd pembeli , mereka ada menyediakan sesuatu artikel atau rencana bahan ilmu pengetauan secara percuma utk menarik perhatian. Juga sebelum penerangan lanjut di teruskan , meminta kita subsribe tujuan memasukkan nama dan email kita .ini bertujuan supaya bukan spam dan kita rela hati menerima balasan email samada utk tujuan penerangan percuma dan bantuan nasihat bagi mengenali lebih dekat sambil membena rangkaian jaringan pelanggan yang banyak dan aktif.
Bagaimanakah cara berkesan menarik pembeli dalam sesuatu produk yg kita promosikan? Ok kita bincang di lain waktu ......


Boleh juga menjana pendapatan pasif anda hanya klik di sini ... Affiliate Link anda: http://www.usahawan.com/aff/?vrmega

Thursday, March 1, 2012

Antara impian dan kemampuan,


Sesetengah pendapat ada mengatakan, sesuatu yang telah membezakan orang biasa dengan orang luar biasa adalah kerana mereka ada mempunyai 'impian' yang telah menjadikan ia seorang jutawan dan orang luar biasa. saya pun ada bermacam2 impian dan sebahagiannya telah menemui kejayaan, Tapi ada lagi impian saya yang lebih besar lagi.
Jika kita ingin menceburkan diri dalam perniagaan pula, haruslah bermula dari bawah, ikut kemampuan dengan perniagaan kecil2lan dan modal yg rendah dahulu.Apa gunanya bermula dengan perniagaan besar , modal besar, tapi tak sampai setahun akhirnya lingkup. Cari pasaran dahulu baru mula menyewa kedai. Jangan lupa sediakan wang simpanan untuk modal pusingan.
Ok, tinggalkan bab tu, kita beralih pada kisah saya di zaman lampau dengan berbekal impian. Sesebuah impian mesti seiring dengan usaha yang berterusan dan semangat yang kuat.kira2 16 tahun yang lalu saya cuma berkerja makan gaji dengan pendapatan rm 1200 sebulan, kalau ada ot dapatlah lebih sikit. Ketika itu baru nak memulakan hidup hanya mampu membeli rumah murah 2 bilik dan sebuah kereta lama.Manakala adik saya masih menyewa rumah.Dua orang adik saya ketika itu pun sama cuma memakai kereta kecil jenis lama.Ketika itu kereta keluaran baru mula di perkenalkan di pasaran adalah kereta Wira. bila saya melihat kereta wira lalu di jalan raya di depan saya , hati kecil saya bertanya bolehkah saya mendapatkannya suatu hari nanti? Saya dan kawan memandu kereta lama sambil mengekori kereta baru wira itu kerana sangat meminatinya.Saya dan kawan rasa macam nak tergelak pun ada, jakun...
Akan tetapi kerana ada impian untuk memiliki kereta baru, maka setahun kemudian saya telah berjaya membeli sebuah kereta baru iatu wira 1.5. Tiga tahun kemudian saya membeli lagi sebuah rumah yang lebih besar sikit. Rasa banggalah sikit sebab masa tu siapa ada beli rumah baru dan kereta baru, mesti orang pandang punya...Teringatlah suatu kata2 lucu anak, yang sampai sekarang tak dapat saya lupakan. ketika itu anak saya kecil lagi berumur kira 3 tahun tapi dah petah berkata2.Ketika balik kampung dan berseronok memandu kereta baru bersama anak dan adik saya tumpang kereta saya sama2 balik kampung. Tiba2 anak saya bertanya pada adik lelaki saya yang menumpang," Mana kereta buruk pak su?". Saya terkejut dan macam nak tergelak pun ada. Namun beberapa tahun kemudian, adik saya pula dah beli kereta baru lebih besar dah beli sebuah rumah yang agak besar juga. ketika itu saya pun berkata pada anak, " Tu lah, dulu mengata pak su, tengok sekarang pak su dah lebih mewah dari kita". " ala, mak.. masa tu kita masih kecil lagi bukan faham pun apa yang kita cakapkan." Jawab anak saya.
Sekarang masa terus berubah, taraf kehidupan meningkat sama seiring dengan kemampuan dalam mengejar impian. Kini saya dah ada 3 buah rumah dan 2 biji kereta, hasil dari usaha titik peluh sendiri yang berjaya menyimpan wang lebih.Adik saya pula dah ada 3 biji kereta dan 2 buah rumah kerana sudah berkemampuan lebih.

Wednesday, February 29, 2012

Cerita tentang Face Book


Bercerita tentang Face book.
Ramainya rakyat Malaysia yg mempunyai akaun di face book. Sana sini tentang face book.Time rehat di tempat kerja mesti buka face book. Balik rumah buka face book.Mempunyai face book semacam suatu aset bila laman sosial lain meminta utk klik 'like' laman web mereka ke FB. Masing2 berceritakan hal2 yg berlaku ke FB. Pergi makan angin ambil gambar upload ke FB. Makan kenduri di majlis2, ambil gambar upload ke FB. Beli kereta baru pun ambil gambar dan upload ke FB. Hai.. kelakar jugak yer bila di fikir2kan...
Bagi sesiapa yang ingin mengunakan internet untuk perniagaan online, boleh juga cuba yang ini sebab perniagaan MLM ini yang pertama di Malaysia mengunakan sistem moden dan terkini, segala2nya di buat dari rumah.

http://free-more.info/splash4/page/5135


Mari kita kongsikan sedikit panduan utk menjana pendapatan di internet.
pertamanya, anda perlu mencari suatu produk yg boleh buat duit dan laris jika di promosikan.kedua carilah syarikat yg kukuh, jujur dlm pembayaran komisyen.jika anda gagal meramalkan dua perkara ini, maka anda akan gagal mendapat pendapatan.

http://free-more.info/splash4/page/5135

Friday, February 3, 2012

Peluang pendapatan sampingan


Jika anda tercari2 peluang utk menambah pendapatan , macamana kalau anda cuba yg ini. Kopi herba utk mengubati penyakit kencing manis , darah tinggi dll

http://www.kopiherba.com/vrmega

Wednesday, November 30, 2011

RUMAH KU SYURGA KU (Jangan tiru)



Pagi itu saya sampai awal di tempat kerja.selepas meletak kereta di tempat letak kereta, saya mencapai kunci pintu office utk keluar dari kereta. Macam ada yg tak kena, saya tidak nampak kunci rumah di mana2 sudut kereta. Sah kunci rumah tertinggal dlm rumah. Nasib baik pintu pagar memang tak berkunci. masaalahnya tiada kunci mangga pintu grill sliding door. Dah tentu tak dapat juga masuk dalam rumah.

Tengah hari balik ambil anak .Nak ambik dia balik sekolah Darjah Khas agama.Dalam hati berdoa semuga terjumpa kunci rumah tapi dlm hati berat hati mengatakan bahawa kunci memang tertinggal dlm rumah.Saya ada prinsip, cuba dulu sampai jaya sebelum minta tolong org lain.Kalau saya nak sesuatu saya akan usaha sungguh2 sampai dapat.Memang kalau tak usaha macamana nak dapat sesuatu. Lebih2 lagi kalau nak buah yg baik yg terletak di atas dahan yg tinggi, susah nk dapat kena usaha sungguh2 kerana tak tercapai dengan menggunakan tangan saja. He he he ke situ pulak...

Dalam menghadapi masaalah sebegini, saya tidaklah risau sangat.Paling2 kalau tak dpt masuk rumah, saya balik ke rumah yg satu lagi. sudah saya katakan saya akan usaha sampai dapat masuk, tapi macamana yer? Hati penuh yakin berdoa padaNya semuga di beri pertunjuk.Memang saya sungguh yakin saya akan jumpa caranya nanti. Dalam hati pun dah tidak risau sangat kerana adanya keyakinan yg kuat.Sebab saya sudah berdoa supaya di permudahkan urusan itu , rasa tersangat tenang kerana merasa terlalu dekat dengan Nya.

Setelah mengambil anak pulang dari sekolah, kami terus balik rumah. Tak sempat makan tengah hari pun, cuma beli nasi bungkus.Sampai di rumah anak terus bergegas buka pintu pagar yg memang tak berkunci .Setelah masuk anak cuba berusaha membuka mangga sliding door dengan dawai beberapa kali namun tidak berhasil.

setelah tidak berjaya maka timbullah satu idea dlm kepala supaya cuba buka mangga di pintu belakang pula.Saya dan anak bergegas menuju pintu belakang rumah. Dengan alat sebatang playar, saya suruh anak mengetuk mangga di grill. 1, 2, 3 kali ketuk tak ada apa2 perubahan sehingga saya berkata pd anak.

Saya:" apa , ketuk macam org tak makan. Langsung tak mau terbuka.."
Anak:"Memang belum makan mama.."
Saya:"Ketuk macam org 10 hari tak makan. heh, heh, heh.."
Anak:"Ha, Ha, Ha..."
Saya:"Biar mak cuba lak.."

Saya pun mencapai alat pengetuk, mengetuk .Kali pertama dan kedua ketuk tak jalan. bila ketuk kali ke tiga terus renggang.Wah... berjaya jadi pemecah mangga pintu. Anak bersorak riang.

Tidak berhenti setakat itu, masih ada halangan, bila grill masih tidak berjaya di buka kerana engsel panjang yg mempunyai pemegang yg panjang pd sebelah dlm grill, tempat meletak mangga, tidak dapat di pusing keratas tersangkut pada papan pintu yg tebal di sebelah dlm grill.Engsel tidak dpt di pusing naik keratas bermakna pintu gril masih melekat.

Anak:" Mama, tak padan rumah lama, nak buka pun susah juga"
Saya:'Tau tak ape, he he he."

Anak cuba menekan pintu papan dgn kaki supaya ada ruang utk engsel tadi bergerak.Namun masih tidak berjaya.Nampaknya Tak ada cara lain...

Anak:"Eh.. macam nak sepak pintu ni.."
Saya:" Ok itu pendapat yg boleh di cuba.Sekarang sepaklah."
Apa lagi dengan kebenaran dari saya itu anak pun menyepak 2 kali pintu papan melalui celah2 grill. Dengan kuasaNya tiba2 pintu papan tadi terbuka luas dan dgn mudah membuka grill yg degil tadi.

Anak;" Yahooooo... Berjaya..."
Saya cuma ketawa lega.Kalau nak usaha sampai jaya.Emmmmm.....

(gambar di atas hanya hiasan)