Rahsia duit lumayan masuk akaun anda berterusan

Biz-2u

Sunday, August 7, 2011

peristiwa ketika pergi sembahayang Tarawih




Tidak dapat di lupakan suatu peristiwa ketika berjalan kaki menuju mesjid untuk menunaikan sembahyang tarawih. Di satu malam jumaat, seorang remaja H meminta izin kepada ibunya untuk pergi sembahyang bersama rakan sebelah rumah.
Setelah mendapat keizinan dari ibunya, remaja H pun keluar rumah kira2 pukul 9.00 malam. Sebelum pergi remaja H berhenti di depan pintu pagar rumah jiran sebelah dan memanggil rakannya iaitu remaja E untuk sama2 pergi bersembahayang tarawih.
Setelah remaja H memberi salam, kelihatan rakanya iatu remaja E membuka pintu sliding door lalu keluar bersama2 berjalan kaki ke mesjid .Suasana malam itu samar2 hanya diterangi sinaran lampu di tepi jalan raya.
Dalam menyusuri tepi jalan raya itu sesekali dua remaja itu di kejutkan dengan salakkan anjing2 liar yang banyak berkeliaran. Bila ada anjing yang agak agresif menyalak macam nak mengejar, dua remaja itu segera mencapai ranting kayu kering dan batu maka anjing itu pun berundur mengalah.
Di pertengahan jalan ketika sudah hendak sampai ke mesjid, dua remaja begitu berhati2 ketika
melintasi sepohon pokok kayu yang besar. Dalam hati ke dua2 remaja tadi telah membayangkan
pekara2 yang menakutkan tetapi terus memberanikan diri.
Tiba2 ketika betul2 sedang melintasi bawah pokok besar, semua dahan2 dan daun2 pokok bergoyang2 dan bergegar. Apa lagi remaja H dan E pun membuka langkah dan memecut lari kerana terperanjat dan ketakutan.
Setelah agak jauh meninggalkan pokok besar tadi hati masing2 tertanya2, maka mereka memberanikan diri menoleh ke belakang ke arah pokok tadi. Amboi mak, bukan hantulah tapi
sekumpulan beberapa ekor gagak rupanya yang cuba berterbangan kerana terkejut melihat kelibat manusia. Woooo, lawak juga ye. Melihatkan gagak2 itu, H dan E pun ketawa berdekah2.

No comments: