Rahsia duit lumayan masuk akaun anda berterusan

Biz-2u

Thursday, August 11, 2011

Umur kanak-kanak mudah dilentur se awal 2 hingga 12 tahun





Dalam mendidik dan menasihat anak2, agak ramai di kalangan ibu bapa bercerita dan merungut tentang perilaku anak2 yang mula melangkah alam remaja. Ketika anak2 berumur 2 hingga 12 tahun, kanak2 mudah menerima apa2 juga bentuk didikan tanpa banyak membantah. Bila anak2 mula meningkat remaja mulalah merasakan diri sedikit ego, merasakan diri dah lebih pandai dan mula memberi alasan2 ketika dinasihati ibubapa.
Kalau di rumah contohnya, suka buang masa dengan menonton TV, bermain games atau buka komputer untuk bermain dari belajar. Bila di luar rumah pula lebih suka mengikut kawan pergi cyber cafe, atau bermain bola dan badminton daripada mengikut ibu bapa pergi kenduri atau balik kampong.
Sewaktu kanak2 kalau nak suruh anak2 belajar tayang saja rotan, mereka terus buka buku2. Akan tetapi berbeza bila anak2 meningkat dewasa, rotan2 dah tak jalan. Anak2 remaja begini tentu saja akal fikiran masih mentah, belum matang. Suka mencuba sesuatu yang baru.Sesetengahnya, lebih mementingkan kawan2 dari membantu ibubapa, tapi bukan semua. Dunia dah maju, zaman dah berubah, he he apa2 jelah, teringat iklan di TV.Kalau anak dengar, mesti dia tegur, "Terbalik ayat mak tu, ayat emak tu tak betul".Sifat anak nak menang saja. Zaman kanak2 dulu2 nak jumpa komputer pun susah. Zaman sekarang macam2 mainan ada.Kita sebagai ibubapa yang mempunyai lebih kematangan perlu bertegas. Jangan biarkan anak2 remaja ini membuat keputusan mengikut rasa hari saja tanpa berfikir panjang.Jangan juga biarkan mereka yang menguasai diri kita dalam memberi pendapat dan nasihat yang kita rasakan berfaedah bagi dirinya.
Dalam ketegasan, perlu ada cara pendekatan yang boleh di terima. Perlu berhemah dan berdiplomasi. Oleh itu fikir2kanlah yer camana nak tangani masaalah2 ini.... Bagi saya mudah saja. Saya cuba fahami dan selami jiwanya. Selalu berdamping dan bekomenikasi dan bertanya masaalah2 yang di hadapi. Beri dia waktu untuk membahagi masa , waktu bermain yang sesuai dan waktu belajar juga. boleh juga sesekali bawa sama2 bermain sukan kegemaranya dan sama2 menjayakan aktiviti kegemarannya. Sudah tentu cara begini lebih berkesan.

No comments: