Rahsia duit lumayan masuk akaun anda berterusan

Biz-2u

Tuesday, March 27, 2012

Cari duit free cuma daftar free sebelum 9 April

Klik jangan tak klik..


http://signup.wazzub.info/?lrRef=cf1f4
http://signup.wazzub.info/?lrRef=cf1f4
http://signup.wazzub.info/?lrRef=cf1f4

Cari duit free cuma daftar free sebelum 9 April

Klik jangan tak klik..

http://signup.wazzub.info/?lrRef=e45d6

Cari duit free cuma daftar free sebelum 9 April

Klik jangan tak klik..

http://signup.wazzub.info/?lrRef=e45d6

Bundle Murah- jual t shirt & seluar terpakai

Ulasan dari kisah hidup seorang jutawan


Bukan nak menceritakan kisah seorang jutawan malaysia terkenal tapi pengajaran yg di perolehi dari membaca kisah beliau. Jutawan yang di maksudkan ialah Tan Sri Syed Mokhtar. Beliau berasal dari keluarga yang agak kurang berada. Bapanya seorang peniaga dan pernah menyaksikan kegagalan perniagaan bapanya di bidang perternakan lembu. Beliau seorang yg berusaha gigih dan berpendidikan setakat tingkatan 5 saja.
Beliau merumuskan bahawa jika ingin berjaya perlu kuat berusaha bersungguh2 dan bukan pelajaran yang tinggi saja yang dapat menjamin kejayaan. Pengajaran yang dapat di ambil ialah berkerja keraslah dalam bidang perniagaan yang di ceburi , gagal sekali tidak bererti gagal selamanya.
Cari ilmu untuk memajukan perniagaan dan terus mencuba bidang lain jika bidang yang pertama menemui kegagalan. Boleh bermula dari perniagaan kecil dengan modal sedikit dahulu. Jangan malu untuk mempromosi dan buatlah selalu tanpa jemu. Usah peduli pada keritikan kalau memang kita ada impian dan keyakinan.
Tidak kiralah bidang apa pun samada menjual pakaian, menjual daging, jual ayam atau tahi ayam ke , teruskan usaha murni hingga jaya. Yang mana ada hobi tu jika minat berniaga cuba jadikan hobi bertukar bidang perniagaan. Contohnya yang minat main bola, boleh menceburi bidang menjual kasut sukan termasuk kasut bola. Minat memancing, buka kedai menjual alat2an memancing.Begitulah seterusnya, minat main bowling, minat bermain golf, suka memasak, suka menjahit dan apa2 sajalah. Itu hanya sebagai cadangan kerana pekerjaan akan menemui kejayaan jika kita minat pada bidang tersebut.

Sunday, March 4, 2012

Adakah promosi anda berjaya menarik pembeli?


Sudah ramai orang tahu mempromosi produk sendiri bagi mendapatkan pembeli. Akan tetapi di internet, mempromosi kepada 20 orang kenalan, belum tentu ada satu yang berminat utk membeli. Dalam sebulan masih ramai yang gagal mendapat pendapatan walau rm20 dari pernigaan online mereka. Kita boleh mempromosi perniagaan online kita di blog2, foram atau melalui email.Untuk menjadi usahawan internet berjaya dan terkenal , perlu ada website atau blog.
Kesemua top internet marketer di dunia tahu membuat website sendiri. Boleh bermula dengan laman web atau blog free, kemudian jika dah menampakkan hasil dan pendapatan bolehlah mula mendapatkan website berbayar pula. Website kita inilah yang kita promosi kepada prospek kita.
Kalau ingin berjaya, kita harus berguru dan mencari ilmu dari yang sudah berpengetahuan dlm bidang berkaitan. Perhatikan cara2 dan langkah2 yg mereka guna utk tujuan promosi berkesan. Kita lihat sebelum mereka menawarkan sesuatu produk kpd pembeli , mereka ada menyediakan sesuatu artikel atau rencana bahan ilmu pengetauan secara percuma utk menarik perhatian. Juga sebelum penerangan lanjut di teruskan , meminta kita subsribe tujuan memasukkan nama dan email kita .ini bertujuan supaya bukan spam dan kita rela hati menerima balasan email samada utk tujuan penerangan percuma dan bantuan nasihat bagi mengenali lebih dekat sambil membena rangkaian jaringan pelanggan yang banyak dan aktif.
Bagaimanakah cara berkesan menarik pembeli dalam sesuatu produk yg kita promosikan? Ok kita bincang di lain waktu ......


Boleh juga menjana pendapatan pasif anda hanya klik di sini ... Affiliate Link anda: http://www.usahawan.com/aff/?vrmega

Thursday, March 1, 2012

Antara impian dan kemampuan,


Sesetengah pendapat ada mengatakan, sesuatu yang telah membezakan orang biasa dengan orang luar biasa adalah kerana mereka ada mempunyai 'impian' yang telah menjadikan ia seorang jutawan dan orang luar biasa. saya pun ada bermacam2 impian dan sebahagiannya telah menemui kejayaan, Tapi ada lagi impian saya yang lebih besar lagi.
Jika kita ingin menceburkan diri dalam perniagaan pula, haruslah bermula dari bawah, ikut kemampuan dengan perniagaan kecil2lan dan modal yg rendah dahulu.Apa gunanya bermula dengan perniagaan besar , modal besar, tapi tak sampai setahun akhirnya lingkup. Cari pasaran dahulu baru mula menyewa kedai. Jangan lupa sediakan wang simpanan untuk modal pusingan.
Ok, tinggalkan bab tu, kita beralih pada kisah saya di zaman lampau dengan berbekal impian. Sesebuah impian mesti seiring dengan usaha yang berterusan dan semangat yang kuat.kira2 16 tahun yang lalu saya cuma berkerja makan gaji dengan pendapatan rm 1200 sebulan, kalau ada ot dapatlah lebih sikit. Ketika itu baru nak memulakan hidup hanya mampu membeli rumah murah 2 bilik dan sebuah kereta lama.Manakala adik saya masih menyewa rumah.Dua orang adik saya ketika itu pun sama cuma memakai kereta kecil jenis lama.Ketika itu kereta keluaran baru mula di perkenalkan di pasaran adalah kereta Wira. bila saya melihat kereta wira lalu di jalan raya di depan saya , hati kecil saya bertanya bolehkah saya mendapatkannya suatu hari nanti? Saya dan kawan memandu kereta lama sambil mengekori kereta baru wira itu kerana sangat meminatinya.Saya dan kawan rasa macam nak tergelak pun ada, jakun...
Akan tetapi kerana ada impian untuk memiliki kereta baru, maka setahun kemudian saya telah berjaya membeli sebuah kereta baru iatu wira 1.5. Tiga tahun kemudian saya membeli lagi sebuah rumah yang lebih besar sikit. Rasa banggalah sikit sebab masa tu siapa ada beli rumah baru dan kereta baru, mesti orang pandang punya...Teringatlah suatu kata2 lucu anak, yang sampai sekarang tak dapat saya lupakan. ketika itu anak saya kecil lagi berumur kira 3 tahun tapi dah petah berkata2.Ketika balik kampung dan berseronok memandu kereta baru bersama anak dan adik saya tumpang kereta saya sama2 balik kampung. Tiba2 anak saya bertanya pada adik lelaki saya yang menumpang," Mana kereta buruk pak su?". Saya terkejut dan macam nak tergelak pun ada. Namun beberapa tahun kemudian, adik saya pula dah beli kereta baru lebih besar dah beli sebuah rumah yang agak besar juga. ketika itu saya pun berkata pada anak, " Tu lah, dulu mengata pak su, tengok sekarang pak su dah lebih mewah dari kita". " ala, mak.. masa tu kita masih kecil lagi bukan faham pun apa yang kita cakapkan." Jawab anak saya.
Sekarang masa terus berubah, taraf kehidupan meningkat sama seiring dengan kemampuan dalam mengejar impian. Kini saya dah ada 3 buah rumah dan 2 biji kereta, hasil dari usaha titik peluh sendiri yang berjaya menyimpan wang lebih.Adik saya pula dah ada 3 biji kereta dan 2 buah rumah kerana sudah berkemampuan lebih.