Sesetengah pendapat ada mengatakan, sesuatu yang telah membezakan orang biasa dengan orang luar biasa adalah kerana mereka ada mempunyai 'impian' yang telah menjadikan ia seorang jutawan dan orang luar biasa. saya pun ada bermacam2 impian dan sebahagiannya telah menemui kejayaan, Tapi ada lagi impian saya yang lebih besar lagi.
Jika kita ingin menceburkan diri dalam perniagaan pula, haruslah bermula dari bawah, ikut kemampuan dengan perniagaan kecil2lan dan modal yg rendah dahulu.Apa gunanya bermula dengan perniagaan besar , modal besar, tapi tak sampai setahun akhirnya lingkup. Cari pasaran dahulu baru mula menyewa kedai. Jangan lupa sediakan wang simpanan untuk modal pusingan.
Ok, tinggalkan bab tu, kita beralih pada kisah saya di zaman lampau dengan berbekal impian. Sesebuah impian mesti seiring dengan usaha yang berterusan dan semangat yang kuat.kira2 16 tahun yang lalu saya cuma berkerja makan gaji dengan pendapatan rm 1200 sebulan, kalau ada ot dapatlah lebih sikit. Ketika itu baru nak memulakan hidup hanya mampu membeli rumah murah 2 bilik dan sebuah kereta lama.Manakala adik saya masih menyewa rumah.Dua orang adik saya ketika itu pun sama cuma memakai kereta kecil jenis lama.Ketika itu kereta keluaran baru mula di perkenalkan di pasaran adalah kereta Wira. bila saya melihat kereta wira lalu di jalan raya di depan saya , hati kecil saya bertanya bolehkah saya mendapatkannya suatu hari nanti? Saya dan kawan memandu kereta lama sambil mengekori kereta baru wira itu kerana sangat meminatinya.Saya dan kawan rasa macam nak tergelak pun ada, jakun...
Akan tetapi kerana ada impian untuk memiliki kereta baru, maka setahun kemudian saya telah berjaya membeli sebuah kereta baru iatu wira 1.5. Tiga tahun kemudian saya membeli lagi sebuah rumah yang lebih besar sikit. Rasa banggalah sikit sebab masa tu siapa ada beli rumah baru dan kereta baru, mesti orang pandang punya...Teringatlah suatu kata2 lucu anak, yang sampai sekarang tak dapat saya lupakan. ketika itu anak saya kecil lagi berumur kira 3 tahun tapi dah petah berkata2.Ketika balik kampung dan berseronok memandu kereta baru bersama anak dan adik saya tumpang kereta saya sama2 balik kampung. Tiba2 anak saya bertanya pada adik lelaki saya yang menumpang," Mana kereta buruk pak su?". Saya terkejut dan macam nak tergelak pun ada. Namun beberapa tahun kemudian, adik saya pula dah beli kereta baru lebih besar dah beli sebuah rumah yang agak besar juga. ketika itu saya pun berkata pada anak, " Tu lah, dulu mengata pak su, tengok sekarang pak su dah lebih mewah dari kita". " ala, mak.. masa tu kita masih kecil lagi bukan faham pun apa yang kita cakapkan." Jawab anak saya.
Sekarang masa terus berubah, taraf kehidupan meningkat sama seiring dengan kemampuan dalam mengejar impian. Kini saya dah ada 3 buah rumah dan 2 biji kereta, hasil dari usaha titik peluh sendiri yang berjaya menyimpan wang lebih.Adik saya pula dah ada 3 biji kereta dan 2 buah rumah kerana sudah berkemampuan lebih.
No comments:
Post a Comment