Bukan nak menceritakan kisah seorang jutawan malaysia terkenal tapi pengajaran yg di perolehi dari membaca kisah beliau. Jutawan yang di maksudkan ialah Tan Sri Syed Mokhtar. Beliau berasal dari keluarga yang agak kurang berada. Bapanya seorang peniaga dan pernah menyaksikan kegagalan perniagaan bapanya di bidang perternakan lembu. Beliau seorang yg berusaha gigih dan berpendidikan setakat tingkatan 5 saja.
Beliau merumuskan bahawa jika ingin berjaya perlu kuat berusaha bersungguh2 dan bukan pelajaran yang tinggi saja yang dapat menjamin kejayaan. Pengajaran yang dapat di ambil ialah berkerja keraslah dalam bidang perniagaan yang di ceburi , gagal sekali tidak bererti gagal selamanya.
Cari ilmu untuk memajukan perniagaan dan terus mencuba bidang lain jika bidang yang pertama menemui kegagalan. Boleh bermula dari perniagaan kecil dengan modal sedikit dahulu. Jangan malu untuk mempromosi dan buatlah selalu tanpa jemu. Usah peduli pada keritikan kalau memang kita ada impian dan keyakinan.
Tidak kiralah bidang apa pun samada menjual pakaian, menjual daging, jual ayam atau tahi ayam ke , teruskan usaha murni hingga jaya. Yang mana ada hobi tu jika minat berniaga cuba jadikan hobi bertukar bidang perniagaan. Contohnya yang minat main bola, boleh menceburi bidang menjual kasut sukan termasuk kasut bola. Minat memancing, buka kedai menjual alat2an memancing.Begitulah seterusnya, minat main bowling, minat bermain golf, suka memasak, suka menjahit dan apa2 sajalah. Itu hanya sebagai cadangan kerana pekerjaan akan menemui kejayaan jika kita minat pada bidang tersebut.
No comments:
Post a Comment