Rahsia duit lumayan masuk akaun anda berterusan

Biz-2u

Wednesday, November 30, 2011

RUMAH KU SYURGA KU (Jangan tiru)



Pagi itu saya sampai awal di tempat kerja.selepas meletak kereta di tempat letak kereta, saya mencapai kunci pintu office utk keluar dari kereta. Macam ada yg tak kena, saya tidak nampak kunci rumah di mana2 sudut kereta. Sah kunci rumah tertinggal dlm rumah. Nasib baik pintu pagar memang tak berkunci. masaalahnya tiada kunci mangga pintu grill sliding door. Dah tentu tak dapat juga masuk dalam rumah.

Tengah hari balik ambil anak .Nak ambik dia balik sekolah Darjah Khas agama.Dalam hati berdoa semuga terjumpa kunci rumah tapi dlm hati berat hati mengatakan bahawa kunci memang tertinggal dlm rumah.Saya ada prinsip, cuba dulu sampai jaya sebelum minta tolong org lain.Kalau saya nak sesuatu saya akan usaha sungguh2 sampai dapat.Memang kalau tak usaha macamana nak dapat sesuatu. Lebih2 lagi kalau nak buah yg baik yg terletak di atas dahan yg tinggi, susah nk dapat kena usaha sungguh2 kerana tak tercapai dengan menggunakan tangan saja. He he he ke situ pulak...

Dalam menghadapi masaalah sebegini, saya tidaklah risau sangat.Paling2 kalau tak dpt masuk rumah, saya balik ke rumah yg satu lagi. sudah saya katakan saya akan usaha sampai dapat masuk, tapi macamana yer? Hati penuh yakin berdoa padaNya semuga di beri pertunjuk.Memang saya sungguh yakin saya akan jumpa caranya nanti. Dalam hati pun dah tidak risau sangat kerana adanya keyakinan yg kuat.Sebab saya sudah berdoa supaya di permudahkan urusan itu , rasa tersangat tenang kerana merasa terlalu dekat dengan Nya.

Setelah mengambil anak pulang dari sekolah, kami terus balik rumah. Tak sempat makan tengah hari pun, cuma beli nasi bungkus.Sampai di rumah anak terus bergegas buka pintu pagar yg memang tak berkunci .Setelah masuk anak cuba berusaha membuka mangga sliding door dengan dawai beberapa kali namun tidak berhasil.

setelah tidak berjaya maka timbullah satu idea dlm kepala supaya cuba buka mangga di pintu belakang pula.Saya dan anak bergegas menuju pintu belakang rumah. Dengan alat sebatang playar, saya suruh anak mengetuk mangga di grill. 1, 2, 3 kali ketuk tak ada apa2 perubahan sehingga saya berkata pd anak.

Saya:" apa , ketuk macam org tak makan. Langsung tak mau terbuka.."
Anak:"Memang belum makan mama.."
Saya:"Ketuk macam org 10 hari tak makan. heh, heh, heh.."
Anak:"Ha, Ha, Ha..."
Saya:"Biar mak cuba lak.."

Saya pun mencapai alat pengetuk, mengetuk .Kali pertama dan kedua ketuk tak jalan. bila ketuk kali ke tiga terus renggang.Wah... berjaya jadi pemecah mangga pintu. Anak bersorak riang.

Tidak berhenti setakat itu, masih ada halangan, bila grill masih tidak berjaya di buka kerana engsel panjang yg mempunyai pemegang yg panjang pd sebelah dlm grill, tempat meletak mangga, tidak dapat di pusing keratas tersangkut pada papan pintu yg tebal di sebelah dlm grill.Engsel tidak dpt di pusing naik keratas bermakna pintu gril masih melekat.

Anak:" Mama, tak padan rumah lama, nak buka pun susah juga"
Saya:'Tau tak ape, he he he."

Anak cuba menekan pintu papan dgn kaki supaya ada ruang utk engsel tadi bergerak.Namun masih tidak berjaya.Nampaknya Tak ada cara lain...

Anak:"Eh.. macam nak sepak pintu ni.."
Saya:" Ok itu pendapat yg boleh di cuba.Sekarang sepaklah."
Apa lagi dengan kebenaran dari saya itu anak pun menyepak 2 kali pintu papan melalui celah2 grill. Dengan kuasaNya tiba2 pintu papan tadi terbuka luas dan dgn mudah membuka grill yg degil tadi.

Anak;" Yahooooo... Berjaya..."
Saya cuma ketawa lega.Kalau nak usaha sampai jaya.Emmmmm.....

(gambar di atas hanya hiasan)

Wednesday, October 26, 2011

Jali-Jali..

Suatu hari bos saya bercerita bahawa dia ada seorang kawan bernama Jali. Jali sangat rajin sewaktu berkerja. Dia berkerja di sebuah syarikat pengangkutan terbesar di bandar ini. setelah agak lama berkerja di syarikat itu semakin hari semakin mahir dlm tugasnya dlm pengangkutan barang syarikat.Akhirnya menjadi sangat cerewet mengira pendapatan harian dan komisyen barang2 yg di hantarnya ke sesuatu lokasi. Jali kadang2 melakukan pekerjaannya tanpa arahan semata2 membuat keputusan sendiri , mula mengangkut barangan bergantung mana yg boleh mendapat gaji lebih dan komisyen lebih tinggi tanpa memperdulikan perasaan rakan2 sekerjanya yg lain. Ramailah rakan2nya yg merungut2 kerana rasa semacam tak adil dlm pembahagian tugas ringan dan berat. Bagi saya, bila cerita yg sama di ulang2, maka cerita itu macam luculah pulak.Kerana rasa nak tergelak, saya pun terus menyanyikan lagu Jali-Jali bila bos mula bercerita lagi tentang kawannya yg bernama Jali itu. bila buka YouTube , saya mula cari lagu Jali-Jali nyanyian Sudirman. Lagunya boleh tahan sedap...

Assalamualaikum



Hai, hai, hai...............Selamat pagi, jaga permakanan dan jaga kesihatan. Makanan seimbang membolehkan kita sihat dan boleh menghindarkan kita mendapat penyakit

Thursday, August 25, 2011

Friday, August 19, 2011

Hari Raya-Pantas mengejar waktu.




Kira2 tinggal 9 hari lagi kita akan berpuasa.Selepas berjaya menghadapi dugaan berlapar kemudian kita akan menyambut kemenangan itu di hari raya bila menjelang bulan syawal. Terasa pantasnya waktu berlalu , sehingga perlu mengejar masa utk menyediakan persiapan menjelangnya hari mulia itu nanti.
Ibu2 di rumah seperti tak cukup tangan, samada membuat kueh-mueh atau menjahit pakaian anak2. Ada di kalangan kita yg berkerjaya selesa jika membeli saja pakaian baju raya atau kueh-biskut raya di kedai2 saja. Yang sibuk mengecat rumah pun ada juga? Paling tidak dalam rumah kena di kemas2 rapi supaya semua kelihatan baru dan menarik.
Tetapi peliknya ada juga org yang tak puasa lebih gairah utk menyambut hari raya.Tak kisahlah tu yg penting sama2 memeriahkan hari mulia itu nanti.
Saat2 genting dan mencemaskan begini saya tak berani nak putarkan lagu raya, selagi kerja2 persiapan belum mencapai 80% . Bebeza dengan seorang kawan saya seorang pengusaha butik dan mengambil tempahan. Bulan Ramadan belum bermula tapi dia dah set lagu raya di handphone, pelik dan tertanya2.Saya cuba bertanya, kenapa set lagu raya awal2. Maka dia jawap, "Saja , cuma nak takut2kan diri dan mengingatkan supaya sentiasa berkerja pantas dlm menyiapkan baju jahitan orang ramai". O melopong juga mulut sekejap mendengar jawapannya itu.
Semalam saya cuba call kawan saya itu. Bila dia bertanya apa tujuan saya menaliponnya, maka saya menjawab, " Saja nak dengar lagu raya di hp awak tu." Mendengar jawapan saya, dia tergelak.
Tetapi ada yg lebih malang , bila melihat berita di kaca tv 2- 3 hari lepas, ada yg putus jari dgn tiba2 akibat bermain mercun. Saya terpandang pula kisah lain, sekali imbas di TV, berita seorang di timpa malang , kelihatan seluruh kepala berbalut. Saya tak beri tumpuan berita itu kerana sebok menjahit. Saya pun cuba menyampuk mengulas tanpa usul periksa berbual di sebelah anak yg sama2 duduk di depan tv.
" Kes yg ini pula tentulah dia cedera akibat kemalangan berlumba kereta dlm sport agaknya, hah! habis terbakar rambut dia!". Saya bersuara pd anak bila melihat org itu di tv dgn kepala berbalut kain putih. Tiba2 anak saya berdekah2 ketawa mendengarnya, saya kehairanan.
"Apalah mama ni, buat lawaklah!. Sah2 pembaca berita tu cakap dgn kuatnya mengatakan org itu cedera kerana di simbah asid, bukan lumba kereta dlm spot, jauh beza bunyinya tu mama!." Anak mencelah sambil melekek-lekek ketawa.

"Oh!! ye ker? maklumlah mama cuma ingat pd kerja yg mama tengah buat ni, nak siapkan cepat. Lagi pun telinga mama ni dah kurang pendengaranlah agaknya".Saya membalas sambil sama2 ketawa berdekah2.

Saturday, August 13, 2011

Pilihan dari koleksi cerita lucu, Layannn......


Mari kita kongsi cerita lucu ini dari sebuah blog.
Tajuk;- 'Burung Kakak Tua yang miang'.
Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan punya mata yg tajam, transparent.Setiap pagi burung ini akan tertenggek di atas sangkarnya di depan tingkap rumah tuannaya.
Rumah tuan punya burung terletak antara sebuah sekolah dengan kuaters guru. Ada 3 org guru yang setiap hari melintas di depan rumah tuan punya burung, dari sekolah ke kuartes guru, dan dari kuaters ke sekolah.
Burung tu pun terlihat guru2 itu jalan berderet2 dihadapannya, menuju ke sekolah di satu pagi. burung kakak tua itu memerhati guru2 tu dari atas ke bawah dgn pandangan mata yg tajam.
Kemudian burung itu mengepak2kan sayap sambil menjerit.
"Belang!! Putih!! Biruu!!!"
Cikgu2 tadi sama2 menoleh ke arah burung agak tertanya2 sambil saling pandang memandang.Kemudian cepat2 berjalan terus ke sekolah.Cikgu2 itu menyangka bahawa kepandaian burung itu meneka hanya kerana kebetulan saja agaknya.
Pagi yang berikutnya cikgu2 itu melintas lagi menuju ke sekolah, burung tadi terpandang lalu menjerit lagi.
"Putih!! Bunga2!! pink!!"
Guru2 tadi masih menyangka kebetulan munkin burung itu cuma tajam warna. Mereka berpakat memakai seluar dalam hitam ke semuanya.

Bila melintasi burung itu, burung kakak tua itu masih menjerit juga'
"hitam!! hitam!! hitam!!"
Akhirnya guru2 tadi berpakat supaya lain kali tak payah pakai seluar dalam langsung.
Pagi itu cikgu2 tu pun sama2 berpakat tak mau langsung pakai seluar dalam . Macam biasa ke sekolah melintasi tempat burung itu lalu burung itu pun menjerit lagi.
"Lurus!! Lurus!! Kerinting!!"
Mendengar itu, cikgu2 tadi mencecet pantas meninggalkan burung kemudian berlari menuju sekolah.


.

Friday, August 12, 2011

Di huni makhluk halus? betul ker?



Maka di sampaikan berita ini dari seorang wartawan tak bertauliah dari mulut ke mulut, senang cerita kabar anginlah. Ini cerita tentang sebuah bangunan terbebgkalai di johor Bahru. Bukan nak siasat tentang asal usul bangunan ini dan siapa punya projek, tapi lebih menarik tentang kononnya bangunan kosong buruk dan sunyi ini telah di huni makhluk halus.
Kisahnya bermula lebih kurang begini. Ada beberapa orang rakyat singapura turun ke Johor bahru untuk membeli belah, sekitar pukul 8 malam ke atas. Setelah sampai di suatu komplek beli belah , mereka pun singgah bila terlihat pusat beli belah itu begitu meriah dengan berbagai2 jualan. Kawasan sekitar kelihatan lampu2 terang benderang bersinar2. Setelah masuk ke kawasan tersebut, mereka pun mulalah berbelanja sakan dengan rasa seronoknya.
Di fahamkan tempat beli belah tersebut di percayai adalah di bangunan terbegkalai, iaitu bangunan Kemayan city Johor Bahru terletak di kilometer 6 jalan Sekudai, mana ada kegiatan berjual beli di situ? Oh tuhan.....
Setelah puas berbelanja mereka pun pulang. Sebelum pulang ke Singapura mereka singgah di rumah saudara yang terletak berdekatan , masih kawasan jalan Sekudai. Mereka menceritakan tentang mereka singgah di sebuah komplek beli belah yang meriah sambil berbelanja. Kawasan yang mereka singgah itu adalah arah bangunan terbengkalai Kemayan city. Saudara mereka tersentak mendengarnya dan bertanya manakah barang2 yang di beli. Maka di tunjukkannyalah beg2 berisi barang2 yang di beli tadi. Alangkah terperanjatnya bila melihat barang2 yang di beli yang berada dalam beg telah bertukar menjadi daun2 kering semuanya. Emmmm, Itu macam ker? Seramnya, takuttttnya...Hanya kabar angin, tidak dapat di pastikan kebenarannya lagi.